Jangan berlengah dengan rawatan kanser

Minggu lepas saya bertemu seorang pesakit kanser payudara jenis tripel negative atau singkatannya TNBC di klinik. Beliau masih single dan baru memasuki usia 40 an apabila disahkan mempunyai kanser payudara tahap 3, lewat tahun lepas.

Bagi mereka yang kurang familiar dengan term ini, TNBC adalah suatu jenis kanser payudara yang unik di mana sel sel kanser tidak mempunyai ketiga-tiga reseptor yang terlibat dalam pertumbuhan normal payudara iaitu estrogen (ER), progesterone (PR) serta Human Epidermal Receptor 2 (HER2).  Apa yang merangsang pertumbuhannya masih belum diketahui dan kajian masih tidak putus-putus dijalankan di seluruh dunia.

Sekitar 15 -20 peratus daripada pesakit kanser payudara menghidap TNBC dan ia terkenal dengan ciri-ciri agresif di mana kanser tumbuh dengan cepat, gemar merebak ke organ lain, berrisiko berulang selepas rawatan dan prognosis keseluruhannya kurang baik berbanding kanser payudara jenis hormon positif atau HER2 positif.  

Walau bagaimanapun, kanser TNBC tahap satu hingga tiga boleh dirawat dengan peluang sembuh manakala pesakit tahap empat memerlukan rawatan yang dapat mengawal kanser selama mungkin disamping tidak memberikan kesan sampingan yang serius.

Berbalik pada pesakit tadi, beliau berterus terang yang sejak kanser didiagnos 5 bulan lalu beliau masih belum memulakan apa-apa rawatan. Beliau telah berjumpa doktor di sebuah hospital Kerajaan tetapi atas alasan jauh dari rumah, disamping kekangan kewangan jika berubat di hospital swasta, beliau memutuskan untuk mencuba ubat singseh dahulu.

Apabila kanser payudara membesar dan terasa sakit di dada , beliau mtelah melayari internet dan membaca mengenai kajian klinikal kanser payudara jenis TNBC yang terdapat di website Malaysian Oncological Society. 

Malaysian Oncological Society,  sebuah kumpulan professional yang dianggotai oleh doktor-doktor yang terlibat dalam perawatan kanser  telah mengambil inisiatif untuk publish informasi mengenai Clinial Trials di website mereka. Sejak tiga dekad yang lalu, banyak penyelidikan klinikal bagi pesakit kanser telah dijalankan dinegara kita. 

Rawatan-rawatan seperti  terapi sasaran , rawatan imunoterapi yang memanipulasi system imun badan untuk mengawal kanser atau inovasi  terbaru seperti“ Antibody Drug Conjugates atau Bispecific Antibody”  yang lebih berkesan daripada rawatan umum seperti kimoterapi,  dapat di akses di fasiliti Kerajaan dan swasta yang melibatkan diri dengan penyelidikan klinikal ini. Penting untuk diketahui ramai yang biasanya kos rawatan dibiayai oleh penaja Kajian Klinikal tersebut jadi pesakit tidak perlu gusar akan kos rawatan yang tinggi.

Pada hari itu, beliau bertanya akan program Kajian Klinikal kanser payudara jenis TNBC, menggunakan ubat imunoterapi terbaru yang terdapat di hospital.

Malangnya seperti peribahasa Melayu “ apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat”, saya dapati yang kanser payudara pesakit telah merebak ke tulang dada jadi beliau tidak “ eligble” untuk menyertai Kajian Klinikal tersebut walaupun beliau menangis merayu saya menolongnya.

Sesuatu rancangan perawatan pesakit bersifat kompleks dan ‘personalised’ apatah lagi jika melibatkan Clinical Trial di mana kriteria kelayakan bagi memasukinya lebih teliti dan sangat spesifik. Namun begitu, ia tidaklah bermaksud tiada rawatan boleh dilakukan cuma beliau sangat terkilan kerana tidak bertindak mencari maklumat dan tampil bertemu saya secepat mungkin jadi bukan sahaja kanser dapat dirawat pada tahap awal malah rawatan yang diberikan juga lebih up to date dan mungkin paling optima untuk beliau.

NewsLetter Area