KOLUM | Insuran Dan Kanser

Minggu lepas saya berjumpa seorang pesakit kanser payudara. Berumur 30 tahun dan masih single, beliau bekerja sebagai eksekutif disebuah syarikat swasta.

Konsultasi pertama seperti biasa mengambil masa hampir sejam, untuk menerangkan perihal penyakit, prognosis, pelan rawatan termasuk kimoterapi, terapi targeted, radioterapi dan kesan sampingan rawatan, dan akhir sekali yang akan disentuh,  tentunya kos rawatan.

Malangnya coverage group insurance dibawah syarikat beliau hanya berjumlah RM10,000 setahun!  In fact, suku daripadanya telah diguna untuk proses diagnosis, sebelum dirujuk kepada saya. Dengan sedih beliau memberitahu yang pihak insuran enggan menjelaskan kos ujian “immunohistochemistry” ke atas tisu biopsi di makmal walaupun ia adalah ujian yang wajib untuk pengesahanjenis kanser payudara beliau.

Beliau diarahkan mendapatkan surat justifikasi untuk ujian tersebut dari pakar yang merawat sebelum memohon pembayaran balik kos ujian ( pay and claim). Kekecewaan beliau bertambah sewaktu menjalani prosedur CT scan (wajib untuk menahapkan kanser pesakit yang baru disahkan mengalami kanser) kerana polisi insurans tidak melindungi prosedur “ outpatient” seperti “staging CT Scan” walaupun diagnosis kanser itu sudah sahih.  Jangan pula pesakit di beritahu agen insurans untuk di masukkan ke wad untuk melakukan CT scan kerana rata-rata tiada syarikat insurans di Malaysia yang mengeluarkan “ cashless guarantee letter” untuk “outpatient investigations”. No way!

 Pesakit akan dinasihat untuk “ pay and claim” dan samada akhirnya dapat claim atau tidak, itu soal kedua. Saya berpengalaman bekerja di sektor perubatan swasta sejak 2010 di UM Specialist Centre dan kemudiannya di Pantai Hospital Kuala Lumpur, Subang Jaya Medical Centre dan sekarang di Hospital PICASO Petaling Jaya.

Selama 15 tahun di 4 hospital swasta yang berbeza namun ‘the idiosyncrasies of the private health insurance billing policies in covering for cancer care “ adalah suatu challenge yang tidak berkesudahan bagi saya.  Rakan-rakan doktor sering mengeluh apabila diajukan  “ multiple deferment notices”  dari pihak insuran sebelum mengeluarkan guarantee letters. Kadang-kadang soalan -soalan diajukan  seolah “mempersoalkan kewibawaan mereka sebagai pakar yang bertauliah, justeru membuahkan rasa kesal, stress dan akhirnya physician’s burn out.

Sektor Kesihatan umum di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan atau Hospital Universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan Malaysia menyediakan servis di fasiliti kesihatan kerajaan pada kos ultraminima untuk rakyat.  Banyak yang masih kurang di sektor perubatan umum dan fasiliti sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah pesakit yang makin bertambah. Hanya 12 hospital pakar yang menawarkan rawatan kanser seperti kimoterapi (hanya 9 dari 12 hospital ini mempunyai kemudahan radioterapi) di seluruh Malaysia berbanding 36 fasiliti di sektor swasta namun hampir 60% pesakit kanser di rawat di fasiliti kerajaan.

Pakar onkologi dan pasukan perubatan seperti jururawat onkologi atau pegawai fizik tidak cukup akibat tawaran gaji yang lebih lumayan dari sektor swasta di dalam dan luar negara seperti Singapura atau Saudi Arabia. Akses pada ubat-ubatan atau prosedur rawatan kanser yang terkini juga terhad kerana kerajaan tidak mampu membiayai kos yang sangat tinggi. RM5 atau RM 30 yang dibayar untuk satu sesi rawatan di Klinik Pakar Kerajaan sememangnya tidak mampu untuk membiayai kos ubat,  waima ubat yang paling murah pun seperti tamoxifen, inikan pula kos ubat-ubat berinovatif seperti terapi targeted atau imunoterapi.

22% dari penduduk di Malaysia mempunyai polisi insurans perubatan (PHI) yang mana 14.3% adalah PHI individu manakala 14.6% adalah polisi berkumpulan pekerja (ESHI), dan 7.3%  mempunyai kedua-dua jenis polisi (1).  Terdapat dua jenis polisi untuk pesakit kanser iaitu “critical illness’  dan  “Medical and health insurance policy” yang akan di gunapakai apabila mereka medapat rawatan di hospital swasta.

Tidak dinafikan insurans kesihatan memainkan peranan yang besar bagi akses pada diagnosis dan rawatan kanser. Insuran kesihatan membawa impak positif pada pesakit dengan  mengurang kan “waiting time” dan memberikan pesakit pelbagai pilihan dalam rawatan. Kajian terhadap impak insurans kesihatan dan “outcomes in cancer care di negara luar juga mendapati pesakit yang mempunyai insurans memperolehi “cancer outcomes”yang lebih baik berbanding dengan yang tidak mempunyai insuran (2)

Namun dunia pembiayaan insuran kesihatan di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara maju dan masih banyak yang boleh diubah dan dibaiki.

Insurans kesihatan di Malaysia dijual di bawah polisi Malaysia Helath Insurance yang masih digunapakai sejak tahun 70 an. Setua umur saya, sudah lama sangat!

Polisi ini secara otomatik tidak melindungi sesiapa pesakit yang mempunyai “pre-existing illness”. Contohnya saya pernah sakit perut semasa saya berumur 20an dan di diagnos penyakit gastrik jadi polisi insuran yang saya ambil pada usia 40 tahun enggan melindungi : apa-apa pemyakit akan datang yang melibatkan bahagian perut walaupun ia mungkin tiada kena mengena dengan penyakit gastrik. Macam tidak logik bukan?

Survivor kanser tidak akan mendapat perlindungan insurans sebaik di diagnos dengan kanser atau mereka boleh dilindungi tetapi pada kadar premium yang sangat tinggi. Polisi insurans yang lama menawarkan jumlah yang terlalu rendah dan tidak up to date dengan inovasi dalam perubatan masa kini.  Rawatan pesakit luar termasuk radioterapi atau oral targeted therapy tidak dibayar.  Lebih teruk jika item pada bil insurans didefinisikan secara samar– “ujian ini tidak cover kerana ia ujian “ genetik, rawatan ini “ tidak parah”kerana tiada hsopitalisation” , rawatan outpatient atau kimoterapi tidak cover, “item ini bukan post hospitalisation care”  ataupun servis ini adalah ‘supportive care” dan banyak lagi.

Diagnosis kanser itu sudah cukup mencabar. Bukan saja boleh hilang nyawa kerana peyakit tetapi hilang anggota, hilang keyakinan, hilang pekerjaan, hilang wang simpanan, hilang macam-macam jadi jangan lah sampai invesmen mereka pada insurans juga turut hilang kerana isu-isu teknikal pada polisi insurans. Ini yang dinamakan” insured but not covered”.

Mesyuarat PAC dan MMA

Pada 3 Mac 2025, saya berkesempatan berjumpa ahli Parlimen negara pada mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) , Parlimen ke 15, bersama-sama sekumpulan pakar perubatan yang di ketuai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dato Dr Kalwinder Singh Khaira dan Pakar bius, Dr Gunalan Palari. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Parlimen dan berdialog secara rasmi dengan ahli Parlimen atas tujuan kebajikan pesakit kanser.  

Mesyuarat ini bertujuan mengutarakan isu-isu berhubung dengan caj perubatan yang semakin meningkat, stigma awam terhadap kami pengamal perubatan swasta dan penambahbaikan servis insurans perubatan dan impaknya pada kesihatan awam. Saya berterima kasih kepada ahli parlimen dan felloww colleagues yang hadir dan saya berharap beberapa cadangan yang diberikan pada hari tersebut akan dimanafaatkan.

Bagi pesakit saya di atas, saya tiada pilihan lain kecuali merujuk beliau ke hospital kerajaan. Saya harap beliau akan mendapat rawatan secepatnya dan sewajarnya.

  1. Institute for Health Systems Research (IHSR), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia, 2019: Vol. II: Healthcare Demand.” 2020.
  2. L. Ellis et al, “Trends in Cancer Survival by Health Insurance Status in California From 1997 to 2014,” JAMA Oncol., vol. 4, no. 3, pp. 317–323, Mar. 2018